Together

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya

Wah tinggal lg 1 hari nk puasa. Lusa semua umat Islam di Malaysia dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tp mana la tahukan kot2 mlm ni bulan terberanak. so esokla raya.. hehehe

Tak kesahla raya esok ke lusa ke tp suasana raya sedang bergelora dijiwa. masing-masing tiada mood utk melakukan tugas di pejabat. hanya teringatkan kampung halaman. tambah2 bila mendengar lagu raya berkumandang. Tak kira usia masing-masing gembira menantikan kedatangan syawal.

Namun jangan dilupakan pada mereka yg tidak berkemampuan. Mereka juga berhak merasa gembira seperti kita. Hulurkan kasih sayang dan ingatan pada mereka. Semoga semuanya gembira di hari raya.

Walaupun diri sgt teruja utk menyambut hari lebaran bersama keluarga.. Haruslah sentiasa berwaspada di jalan raya. Kurangkan kadar kemalangan yg meragut nyawa. Jangan biar keluarga yg menanti kepulangan menerima sekujur tubuh yg tidak bernyawa.

Dengan ini.. selamat menyambut hari raya. Maaf andai ada terkasar bahasa. Semoga selamat di dalam perjalanan. Eratkan silaturahim sesama insan. Salam lebaran. Sehingga bertemu lg.

Monday, August 30, 2010

shopping

wah lamanya kucing smart ni xberupdate. apa dah jadi? haha.. memandangkan tuan asal kucingsmart bz terpaksa la sy amik alih. Dulu, bersendirian, lepas tu berdua dan kini bersatu. ada faham ka? hehe..

yup. sempena pengambilalihan kuasa ni, misi kucingsmart akan diubah. tidak lg berkisar mengenai seseorg tp mengenai kami berdua. segala aktiviti bersama akan kami catatkan di dlm kucingsmart.

sebenarnya partner sy tgh meeting. so sy sgt bosan. lgpun dr pg td xda mood nk buat keje. kenapa la cuti hari selasa. kalo isnin kan bagus.terus menerus je. oh lupa.. aktiviti kami hari ni... shopping. bukan shopping raya tau tp shopping utk brg2 mkanan rumah anak2 yatim. Kami diberi tugasan oleh bos besar utk mengagihkan sejumlah wang kepada badan2 kebajikan, rumah anak2 yatim dan pihak2 yg memerlukan. masalahnya wang tersebut perlu digunakan utk membeli sesuatu drpd diberi begitu sahaja. setelah puas survey tempat, kami sepakat memilih 1 rumah anak yatim utk
diberikan sumbangan. so bermula la tugas2 utk membeli barang2 keperluan.

pg ni, sy dan partner juga beberapa rakan sekerja telah keluar kl utk berbelanja. mcm2 kami borong. penat juga mengangkat kotak2 yg berat tu. tp xpe. amal jariah di bulan ramadhan. semoga beroleh ganjaran pahala. amin. tp ada juga brg2 yg xdpt dibeli pd hari ni. terpaksala sambung shopping di hari lain. lgpun ada sesetengah brg xsesuai dibeli kerana org sangat la ramai. jln masjid india n tar sgt meriah ngan jualan hari raya. mcm mana ngan persiapan raya? sudah lengkap ke? hehe.. biasanya org pompuan yg kalut menyediakan persiapan raya ni.. org lelaki rileks2 je..

tp mgkin zaman sekarang dah berbeza.. lelaki pun ikut kalut membuat persiapan raya. wah, meriah2. rasa xsabar nk beraya.

walaupapepun, berhemahla ketika berbelanja. jgn berbelanja mengikut nafsu. itu saje buat masa ni. diaorg dah abis meeting :) cite ni bersambung lain kali ye.

Sunday, March 7, 2010

.....

Just got back from Kemaman. Tomorrow is working day. Not looking forward to it. Got tonnes of work to be done. I feel like my work never finish. Always do the same project.

Should I change job?

Adios

Monday, September 28, 2009

Hari Isnin Pas Raya

Assalamualaikum,

Hari ni orang lain keje tp aku x keje sbb aku ambik extra cuti. Seb baik aku ambik cuti sebab baju keje aku banyak yang x basuh kat rumah sewa ni. So, pagi2 buta aku dah membasuh baju.

Perjalanan dari kampung ke KL alhamdulillah, x der masalah. Semua ok, jalan x jem, cuaca x panas dan x sejuk serta x hujan. Cuma dekat karak ada satu kemalangan yang bagi aku agak mengerikan. Kereta terbabas dan terbalik ke dalam longkang di tepi higway. Lokasinya ialah dalam 5 kilometer lepas terowong ke arah KL. Seb baik x jem kat situ, tp banyak kereta slow jugak la. Aku yang sedang speed seb baik sempat break. Kalu x, x tau la...

Kuih raya pun banyak aku bawak balik KL untuk, kawan2 rumah, kawan2 kat opis dan family si dia. Aku akan start beraya dengan kawan2 di KL hujung minggu ni la. Nk jumpe kawan yang baru balik dari Saudi pun ada. Mintak duit raya byk2. Hahahah...

Kepada kawan2 yang membaca, jemput la datang rumah, x pun jemput la aku datang rumah korang. Hahaha...

Friday, September 18, 2009

Ucapan Hari Raya

Sebelum aku terlupa nk bg ucapan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam. Kepada yang mengenali aku, ingin aku memohon maaf dan ampun jika ada terkasar bahasa n terkceik hati.

Semoga raya tahun ni lebih bermakna untuk kite semua berbanding tahun - tahun lepas.

Balik Kampung Woi!!!!

Salam semua.

Sudah lama aku x menulis di blog ini. Ramadhan tahun ni aku sangat bizi dengan kerja. Malah kerja bertambah-tambah masa Ramadhan. Tp x per, aku tetap akan buat yang terbaik.

Semalam aku gerak balik ke kampung di Terengganu. Lalu karak highway n LPT. Sampai di plaza toll jabor around 12.45 pagi. Tibe2 terpampang di skrin jumlah bayaran "0.00". Maknanya free la toll aku mlm tu. hehe. Syukur. Dapat Jimat cermat.

Raya tahun ni langsung aku x der smgt nak beli bj raya. Tgk semua x best n x berkenan. Last2 raya dengan baju tahun lepas jer la. Lg pun nk kena jimat cermat, tahun depan ada plan besar.

Ok la... chiau.

Saturday, August 22, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini kepada semua umat Islam. Semoga kita dapat mempertingkatkan amalan yang baik di bulan yang mulia ini, insyaallah.

Islam is the way of life.

Tuesday, June 16, 2009

Pindah Rumah

Blog aku dh berpindah rumah. Memandangkan sekarang aku sudah ada hosting sendiri, so aku pun buat la blog lain kat hosting tu.

Sila la lawati blog aku di:

www.shizul.com

Sekian, bye2 blogspot.