Together

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 29, 2008

Malaysia Vs Chelsea











Marilah kite same2 menyokong pasukan negara kite. Mmg susah nak dinafikan bahawa Malaysia berpeluang untuk mengalahkan Chelsea, tetapi kalau bukan kite, siape lagi yang nak menyokong negara kite sendiri?

Jom kite sama2 menjerit MALAYSIA BOLEH!!!!

Adios, amigos.

Macam2

Kan aku dah kate, mmg ada konspirasi. Aku dah x tau nk ckp ape. Korang baca la sendiri

http://malaysiakini.com/news/86841 .

Kerajaan corrupt? Najib corrupt? Aku rase Najib kena letak jawatan. Walaupun die belum lagi diputuskan bersalah dan tak akan diputuskan bersalah oleh mahkamah selagi kerajaan BN memerintah, tp scandal yang melanda beliau menyebabkan beliau menjadi kotor. Tau tak? Kotor giler.

PAS + UMNO = ???? . PAS memperjuangkan Islam, manakala UMNO memperjuangkan bangsa Melayu. Kalau korang orang Islam, pttnye korang sokong PAS, x kire Cina, India, Melayu. Kerana Islam adalah adalah agama syumul. Baik untuk dahulu dan sekarang. Mane lebih penting? Menjadi orang Islam atau menjadi orang Melayu? Tepuk dada tanye selera.

Kalau Pas dan Umno bergabung, dan memperjuangkan agama dan negara Islam menjadi agenda utama, tanpa mengira bangsa, insyaallah aku akan sokong gabungan ini, dengan syarat, pemimpin2 tertinggi Umno tidak memegang ape2 jawatan penting. Aku x percaya langsung kat diorang ni.

Takbir!!! Allahuakbar!!!

Adios, amigos.

Friday, July 25, 2008

Friday - surprises

Hari ni hari Jumaat. Hari yang malas untuk bekerja. Aku start hari ni dengan pergi lambat ke ofis, sengaja aku lmbt ari ni sbb malas nk gi awal. Setiap hari aku gi awal ke ofis, sekali sekali gi lambat x der hal nyer. Petang ni ada meeting ngan syarikat advertising, aku telah dipelawa oleh bos untuk hadir bersama. Aku mcm malas sbb ape programmer mcm aku nk wat dalam meeting orang2 bisnes ni? Tp, aku join jugak sbb mengikut ketua tech team, kalu bos tanye "Would you like to join...?", itu bermakna "You have to join....". Get what I mean? Hehehe.

Anyway, meeting tu start pukul 3.30 petang, lmbt setengah jam sbb mengikut diorang, jem kat mid valley ni. Kat Mid Valley mmg selalu jem especially lepas pukul 12 tgh hari. Entah la x tau kenapa. Tp meeting tu mmg best. Aku suker, x sia2 aku masuk meeting tu.

Lps meeting bos aku memanggil 2 orang programmer junior dalam company aku ni. Mengikut diorang, boss telah menaikkan gaji diorang. Huhuhu, beshnyer diorang aku cakap dalam hati. Mase aku confirm thn lepas, x der plak bos nak naikkan gaji aku. Tunggu akhir tahun baru naik gaji. Beruntung diorang aku bercakap dalam hati. Lps ni boleh Tony Romas hari2. Hehehe.

Anyway, lepas semua orang balik, boss juga memanggil aku dan bagitau camne diorang appreciate kerja2 aku. Aku mmg mcm banyak keje sejak 2-3 bulan ni, sejak ketiadaan system architect, aku terpaksa buat skit2 keje die. Tp x per, aku suke keje tu. besh. Lps bercakap panjang lebar, akhirnya boss nk bg tau yang diorang juga telah menaikkan gaji aku. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memurahkan rezeki aku. Aku suker.... hehehe. Dan lepas tu aku pun balik.

Tgh berjalan ke kereta, tibe2 aku dapat mesej, ada orang nk belanja makan ais krim McD. Aku pun on jer.... lg pun, jalan keluar dari parking Mid Valley jem teruk. Mmg ari jumaat slalu jem.

Lps makan ais krim, kami pun balik.

Hhahaa, akrinya ari jumaat ni memang aku surprise la. X sangka.

ok bye.

Adios, amigos.

Letto - Permintaan Hati



Satu hari mase aku tgh memandu ke pejabat, terdengar lagu best ni dari corong radio Hot.fm. Tibe2 aku rase best jugak lagu ni... Korang dengar la sendiri.

Thursday, July 24, 2008

Serbuan Mid Valley

Td sebelum aku pulang kerumah, aku singgah dulu di Jusco Mid Valley. Mmg pelik aku lihat ramai orang kat situ. Ramai dari biaser. Mcm pasar malam di Sentul Perdana. Aku masuk kedalam dan beasak-asak dengan orang lain. Environment dalam jusco panas dan tak selesa. Jualan murah seperti ini hanya dilakukan setahun sekali oleh setiap Jusco dimalaysia. Ia adalah hanya untuk pemegang Jusco card dan mungkin sebab itulah ia diapnggil Jusco Member Card Day (kalu x silap aku lah). Hehehe.

Anyway, tujuan aku adalah untuk melihat berape diskaun yang ditawarkan. Aku check baju yang aku beli kat Jusco sebulan lepas, dan ternyata, harga die still sama. X murah sgt pun. Cesss.. yang murah pun baju2 lama dan barang2 lama.

Agaknye, jualan murah seperti ini adalah cara Jusco untuk melupuskan stok2 lama yang tersimpan dalam stor diorang. Agaknyer laaa....
Hahaha
Anyway

Adios Amigos.

Tuesday, July 22, 2008

Wii anyone?

hahaha,
Sejak dari minggu lepas, aku dengan kawan2 kat ofis sibuk sangat. Mmg x leh nak rilek. Sbnrnye bukan sibuk wat keje, tp sibuk main Wii. Bos kami En. A**** telah membeli Wii tersebut pada bulan lepas ketika die hendak membeli sebuah controller PS2 (yg juga ada di ofis kami). Sejak ari jumaat lepas, Wii tersebut telah di letakkan di tgh2 pejabat dan disambung kepada sebuah tv lcd 42 inci. Huhuhu.
Bowling adalah permainan kegemaran kami. Dimana aku, En. J dan Cik. S, bermain bersama2. Markah yang kami dapat lebih kurang sama dan average adalah dalam 150 ke atas. Tetapi bakat bermain bowling kami hanya terhad kepada Wii sahaja. Jika diuji di bowling alley, memang ke longkang jawabnye. Hehehe.

anyway, nasihat yang saya boleh bg kat sini adalah, belilah wii. Anda akan rase seronok sgt2.

Adios, amigos.

At last, my own blog

Hahaha, salam semua.
Sebenarnye dah lama aku nak tulis blog. Tp mase x mengizinkan. Akhirnya aku berjaya jugak meluangkan masa untuk menulis blog. Hehehe.

Aku nak blog ttg ape saje yang aku rase best. x kire la pasal sukan, keje, teknologi, kereta dan mcm2 lgi. Jumpe lagi dalam post akan datang.

Adios amigos.