Together

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 6, 2014

Rezeki dan Qaseh

Bertuah sungguh hari ini... rezeki yang tak di sangka-sangka...cerita nya begini...
Dalam perjalanan pulang ke office dari surau mid valley.. terpandangkan promo kit kat... terdetik dihati.. alangkah seronoknya kalau dapat menikmati kit kat petang nanti.. namun kaki ini terus melangkah pergi..
setibanya di office.. terpandangkan sesuatu di meja.. KIT KAT... macam tahu-tahu je..
sangat terkejut dan gembira.. kerana tak sangka hanya terdetik di hati.. Allah beri kan hajat di hati melalui rakan pejabat..

Pengajaran untuk hari ini... rezeki Allah itu luas.. bukan hanya bergantung kepada wang ringgit. Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan dan jangan kedekut untuk bersedekah.. InsyaAllah rezeki akan datang dalam pelbagai cara.

"Ya Allah, KAU tetapkan la hati ini supaya sentiasa mensyukuri nikmat MU.. Tidak lalai dengan duniawi dan sentiasa mengingatiMU.. " amin..

Selingan.. bermula semalam.. kami suami isteri kini bergelar rakan niaga qaseh. Setelah mencuba sendiri produk qaseh selama beberapa bulan, kami mengambil keputusan untuk berkongsi kebaikan qaseh kepada saudara mara dan rakan-rakan agar kebaikan dan khasiat makanan sunnah ini dapat dikekalkan.



Sesiapa yang berminat ingin tahu lebih lanjut bolehla berhubung dengan saya atau suami
shikin : 012-3849498
zul : 012-6939498

atau tinggalkan email di ruangan komen.. InsyaAllah, kami akan cuba membantu...



No comments: