Terbaekkkk.... mmg boleh dpt anugerah pekerja cemerlang, gemilang dan terbilang. malangnya lupa plak nk amik nama supaya dpt hntr ke boss.. mana tau kpi tahun ni leh naik gaji dan pangkat tahun depan. Tapi berpada-padala.. tolak ansur sesama manusia perlu ada.. biar balance.. ni selongkar beg pengunjung mcm la diaorg bawa dadah masuk ke taman tema. mengalahkan checking kat airport plak gaya nya. mmg la bawa makanan luar salah di sisi peraturan taman tema.. tp biarla ditegur dengan cara berhemah dan professional. Kepada staff2 Taman Tema Pedas... Sikap anda yang tidak professional itu membuatkan saya berfikir byk kali untuk ke sana lagi.
Mgkin pada masa ini anda yang berkuasa di sana...namun jangan anda lupa mgkin perkara yang sama akan terjadi pada anda... cuba anda letak diri anda sebagai anak-anak yg teruja ingin mandi manda di sana bersama rakan-rakan.. atau ibu bapa yg memberi sedikit bekalan agar anak tidak kelaparan... bila tiba di sana.. beg anda diselongkar, segala zip-zip dibuka, malah setiap bekas makanan diperiksa.. beg-beg kecil tidak berkecuali.. segala hasil titik peluh ibu anda/ anda yang menyediakan sedikit bekalan dirampas malah anda turut dimarahi.. apa perasaan anda ketika itu.. anda tiada kuasa utk melawan.. menerima sahaja tindakan mereka dengan perasaan kecewa. fikir-fikirkan la..
Ye, setelah 2 tahun, barula kami berpeluang ke Taman Tema Pedas. Kali terakhir kami ke sana ketika sara berusia 4 bulan..hanya duduk di dlm rocker sementara kami yang lain bermain air. Memandangkan waktu itu sara tidak berpeluang untuk mandi... kali ni kami biarkan dia mandi sepuas-puasnya. ternyata tak sia-sia kami ke sana.. sara sangat gembira bermain air. Walaupun insiden kecil pada permulaan mencacatkan mood kami di sana.. namun bila melihat sara yg tak henti-henti bermain air..hilang segala kemarahan, kekecewaan dan perasaan terkilan kami. Kepada sesiapa yg belum pernah ke sana, tempat ini amat sesuai untuk anak-anak kecil bermain air.. kerana bilangan pengunjung yang tidak terlalu ramai, dan kawasan pool yg lapang utk anak-anak kecil. Bagi yang ingin mandi air panas.. kolam air panas turut disediakan.. tetapi kepada yang inginkan sukan ekstrem dan permainan yang mencabar, sini bukan la tempat yang sesuai..
Sayangnya... mama terlupa nak mengambil gambar sara di sana.. nampak gayanya kena la pujuk abah untuk bawa kita ke sana lagi kan sara.. hehe..
No comments:
Post a Comment