wah.. setelah sekian lama.. semangat berblog kembali....hehe.. mari kita mengarang sepuas-puasnya.. tapi mahu mulakan dari mana? pening juga ye..
kejap je masa berlalu.. dari sehari ke sehari, jika masa dibiarkan kosong tak berisi dengan ilmu dan aktiviti berfaedah amatlah rugi.. kerana masa-masa yang berlalu tidak akan dapat diputar kembali.. jadi hargai la setiap detik yang ada bersama keluarga tercinta.
Tambahan pula, sejak kebelakangan ini negara dikejutkan dengan berita yang tak disangka.. nyawa seolah-olah tiada harga. Sana sini org membunuh, melakukan jenayah dan kejahatan seperti tiada yang memerhati. Kesian pada keluarga yg kehilangan org tersayang. Hanya disebabkan duit dan kesenangan manusia melupakan sifat perikemanusian dan belas kasihan. Orang di sekeliling hanya menjadi permerhati. Penambah rasa pada jalan cerita. Malah ada yg cuba menimbulkan aura negatif dengan isu-isu politik dan perkauman. Mana pergi hati budi rakyat Malaysia yang tulus dan ikhlas satu masa dahulu. Rindu suasana aman damai, harmoni dan bertolak ansur semasa manusia. Zaman sekarang, manusia hanya mementingkan diri sendiri. Dimana silapnya? Tidak dapat dibayangkan, apa akan jadi pada anak-anak kita nanti. Adakah mengikut seperti di dalam filem barat? Keadaan yang tidak aman dan kucar kacir.
Minta-minta dijauhkan lah dari semua itu...
Sama-sama la kita berdoa agar sentiasa dilindungi dari segala kejahatan, mala petaka, hasad dengki sesama manusia. Semoga umat Islam hari ni semakin bersatu dan maju seperti zaman kegemilangan Islam yang lalu.
No comments:
Post a Comment