Terbaekkkk.... mmg boleh dpt anugerah pekerja cemerlang, gemilang dan terbilang. malangnya lupa plak nk amik nama supaya dpt hntr ke boss.. mana tau kpi tahun ni leh naik gaji dan pangkat tahun depan. Tapi berpada-padala.. tolak ansur sesama manusia perlu ada.. biar balance.. ni selongkar beg pengunjung mcm la diaorg bawa dadah masuk ke taman tema. mengalahkan checking kat airport plak gaya nya. mmg la bawa makanan luar salah di sisi peraturan taman tema.. tp biarla ditegur dengan cara berhemah dan professional. Kepada staff2 Taman Tema Pedas... Sikap anda yang tidak professional itu membuatkan saya berfikir byk kali untuk ke sana lagi.
Mgkin pada masa ini anda yang berkuasa di sana...namun jangan anda lupa mgkin perkara yang sama akan terjadi pada anda... cuba anda letak diri anda sebagai anak-anak yg teruja ingin mandi manda di sana bersama rakan-rakan.. atau ibu bapa yg memberi sedikit bekalan agar anak tidak kelaparan... bila tiba di sana.. beg anda diselongkar, segala zip-zip dibuka, malah setiap bekas makanan diperiksa.. beg-beg kecil tidak berkecuali.. segala hasil titik peluh ibu anda/ anda yang menyediakan sedikit bekalan dirampas malah anda turut dimarahi.. apa perasaan anda ketika itu.. anda tiada kuasa utk melawan.. menerima sahaja tindakan mereka dengan perasaan kecewa. fikir-fikirkan la..
Ye, setelah 2 tahun, barula kami berpeluang ke Taman Tema Pedas. Kali terakhir kami ke sana ketika sara berusia 4 bulan..hanya duduk di dlm rocker sementara kami yang lain bermain air. Memandangkan waktu itu sara tidak berpeluang untuk mandi... kali ni kami biarkan dia mandi sepuas-puasnya. ternyata tak sia-sia kami ke sana.. sara sangat gembira bermain air. Walaupun insiden kecil pada permulaan mencacatkan mood kami di sana.. namun bila melihat sara yg tak henti-henti bermain air..hilang segala kemarahan, kekecewaan dan perasaan terkilan kami. Kepada sesiapa yg belum pernah ke sana, tempat ini amat sesuai untuk anak-anak kecil bermain air.. kerana bilangan pengunjung yang tidak terlalu ramai, dan kawasan pool yg lapang utk anak-anak kecil. Bagi yang ingin mandi air panas.. kolam air panas turut disediakan.. tetapi kepada yang inginkan sukan ekstrem dan permainan yang mencabar, sini bukan la tempat yang sesuai..
Sayangnya... mama terlupa nak mengambil gambar sara di sana.. nampak gayanya kena la pujuk abah untuk bawa kita ke sana lagi kan sara.. hehe..
This is the place where I am going to write about anything that come to my mind, anything that I want to write, anything, anything, anything...
Tuesday, October 29, 2013
Friday, October 25, 2013
Lama menyepi
wah.. setelah sekian lama.. semangat berblog kembali....hehe.. mari kita mengarang sepuas-puasnya.. tapi mahu mulakan dari mana? pening juga ye..
kejap je masa berlalu.. dari sehari ke sehari, jika masa dibiarkan kosong tak berisi dengan ilmu dan aktiviti berfaedah amatlah rugi.. kerana masa-masa yang berlalu tidak akan dapat diputar kembali.. jadi hargai la setiap detik yang ada bersama keluarga tercinta. Tambahan pula, sejak kebelakangan ini negara dikejutkan dengan berita yang tak disangka.. nyawa seolah-olah tiada harga. Sana sini org membunuh, melakukan jenayah dan kejahatan seperti tiada yang memerhati. Kesian pada keluarga yg kehilangan org tersayang. Hanya disebabkan duit dan kesenangan manusia melupakan sifat perikemanusian dan belas kasihan. Orang di sekeliling hanya menjadi permerhati. Penambah rasa pada jalan cerita. Malah ada yg cuba menimbulkan aura negatif dengan isu-isu politik dan perkauman. Mana pergi hati budi rakyat Malaysia yang tulus dan ikhlas satu masa dahulu. Rindu suasana aman damai, harmoni dan bertolak ansur semasa manusia. Zaman sekarang, manusia hanya mementingkan diri sendiri. Dimana silapnya? Tidak dapat dibayangkan, apa akan jadi pada anak-anak kita nanti. Adakah mengikut seperti di dalam filem barat? Keadaan yang tidak aman dan kucar kacir.
Minta-minta dijauhkan lah dari semua itu... Sama-sama la kita berdoa agar sentiasa dilindungi dari segala kejahatan, mala petaka, hasad dengki sesama manusia. Semoga umat Islam hari ni semakin bersatu dan maju seperti zaman kegemilangan Islam yang lalu.

Subscribe to:
Posts (Atom)