Together

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, November 29, 2008

Partner

Assalamualaikum,

Skrg kucingsmart.blogspot.com dah ada partner baru, namanye adalah citrus. Aku mengajak die menjadi salah seorang daripada contributor di sini. Tp setakat ni die belum lagi contribute sebarang article, die just contribute idea, dan chatopica untuk chatting. Maybe nanti la dia akan contribute. Wait n see....

Adios, amigos....

Hari sabtu bekerja

Assalamualaikum,

Hari sabtu yang bosan, so aku telah mengambil keputusan untuk pegi ofis. Sampai ofis pegi makan dulu. Pastu baca artikel kat wikipedia n bukak digg. Aku mmg suka membaca artikel kat wikipedia ni. Boleh dikatakan setiap hari aku membaca artikel die wikipedia ni. Mmg byk ilmu boleh diperolehi jika kita byk membaca kan? So, sebagai langkah menambah ilmu aku membaca secara online. Selain itu, aku juga melayari laman web digg.com. Mmg byk perkara2 pelik n perkara2 yang jarang kite jumpe blh didapati di digg.com ni. Sebenarnye digg.com bukannya laman web yang mnyediakan artikel tersebut, ia hanya mengprovide link kepada laman web atau blog seseorang yang menyediakan artikel itu. Ia mcm centralised place for links la. Ntah ape2 la yang aku tulis ni, kejap malay kejap bahasa inggeris. Ish2...

Weh, ko datang ofis nk wat keje kan, bukan nk tulis blog. Sebenarnya ni aktivit sampingan jer sbb aku dah terlalu se'eh untuk wat keje. Makan byk sgt. Maybe dalam 10 minit lg start wat keje.

Adios, amigos.

Monday, November 17, 2008

X leh tido

Huarghh....
aku ngantuk...
nak tido....
tapi x leh tido....

baru nak terlelap...
terjaga semula....
haizz...

esok nk keje....
dah pukul 3 pagi...
tp x leh tido jugak....

Saturday, November 15, 2008

ChoyCitcatCun

Salam,

Dari 8-10hb 11, company aku ada buat team building kat Avillion PD. Kami stay di water chalet. Mmg exclusive tempatnya. Chalet yang besar di atas air. Ada 2 24-hour pool. Boleh berendam 24 jam kalau nak. Aku g la berendam jap pada hari pertama tu. Pastu dah x g berendam. Hehehe...

Aku letak gambar2 pd kat bawah ni:

Water Chalet

Water Chalet 2

Bed

Selipar

p/s : ChoyCitcatCun adalah nama team kami. Choy bermakna Gud Luck in chinese. Citcat adalah nama company kami dan Cun adalah Cantik salam Bahasa Malaysia.

Wednesday, November 5, 2008

Shah Alam outing

Hari Ahad yang lepas, aku telah menemani seorang budak pempuan comel berjumpa dengan kawan2 nya. Aku pergi ambil die di rumah n then trus g SACC Mall. Sampai sana kawan2 die belum sampai. So, kami berjalan2 di dalam SACC Mall tu.

Selepas seketika, sampai la kawan2 die. Diorang nak g shopping bj kat PAS so aku ikut la. Tp memandangkan lama giler diorang pilih bj, so aku pn lari g jalan2. Tgk2 promosi kereta kat situ. Ingat nak angkat sebijik dua tp duit x der. Nk saving wat kawen. Hehehe....

Lps tu kami g makan Pizza Hut kat SACC Mall lg. Order 2 pizza regular, tp yang byk makan adalah aku. Mmg dah mcm tu la bile mkn bersama wanita2 yang jaga body ni, masing2 x makan byk. Especially pempuan comel yang aku teman ni. Kalu makan dengan die mesti aku akan makan banyak. Tp aku x kisah, aku mmg suka makan banyak pn n aku mmg suka makan ngan die. Hehehe....

Pastu kami pegi Plaza PKNS pulak. Die nk cari blause nk g keje. Aku pn ikut jer kemana diorang pegi. Sampai satu kedai, die terjumpa satu blause yang kaler coklat, nampak cantik la. Aku pn berkenan. Suh die g fitting room. Entah ape die buat dalam fitting room tu x tau la, jenuh aku tunggu kat luar ni.

Pastu die n kawan die berpisah, semua nk balik rumah masing2. Aku sugguest kat die kite g bali aiskrim McD n g duduk kat tepi tasik sambil mkn aiskrim. Mmg cantik suasana tasik tu ditambah lagi makan aiskrim bersama dengan die. Pasni kite nk g mane pulak? Erm... pikir2.

Ni aku letak beberapa gambar kat Tasik Shah Alam tu.


Em, barang2 yang di beli oleh si dia.