Together

Daisypath Anniversary tickers

Monday, September 20, 2010

ziarah menziarah

salam semua.. selamat kembali bertugas kepada yg baru habis bercuti raya. Kepada partner saya, jangan malas2.. Awak dah cuti lama.. semangat2..

Macam mana raya tahun ni? Meriah ke? Alhamdulillah.. Malaysia ni kaya dengan makanan. Hampir setiap hari ade je jemputan rumah terbuka utk dikunjungi. rezeki bulan syawal... makin bertambah la saiz pinggang dan berat badan tu... pasni kena pakat buat puasa 6 beramai-ramai la plak. Makan, makan juga.. tp jaga la juga kesihatan. Dengarla nasihat doktor agar tidak memudaratkan kesihatan. Kebelakangan ni banyak kematian yg berlaku diakibatkan mkn yg overdose. Memangla sudah ajal tp tak salah kalo kita mengambil langkah-langkah yg patut untuk menjaga kesihatan diri sendiri. Makan la berpada-pada. Sayangi diri anda.

Bulan syawal ni juga bulan untuk saling memaafi dan merapatkan silaturahim. Bukan bermaksud bulan-bulan lain kita tak boleh buat perkara yang sama.. cuma selalunya amalan kunjung mengunjung sedara mara, sahabat handai dan jiran tetangga dilakukan pada bulan syawal. Satu amalan yg patut diterapkan kepada generasi muda sekarang supaya amalan ini akan sentiasa berkekalan. Kepada ibu bapa, bawala bersama anak2 untuk menziarah bersama. Ini penting agar semangat persaudaraan tak akan putus begitu saja.

Pendek kata, jalinkan hubungan mesra sesama insan agar hidup aman harmoni. Elakkan perpecahan kelak rugi diri sendiri.

Wednesday, September 8, 2010

Quote of The Day

"Kindness in words creates confidence. Kindness in thinking creates profoundness. Kindness in giving creates love." - Lao Tzu

Selamat Hari Raya

Wah tinggal lg 1 hari nk puasa. Lusa semua umat Islam di Malaysia dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tp mana la tahukan kot2 mlm ni bulan terberanak. so esokla raya.. hehehe

Tak kesahla raya esok ke lusa ke tp suasana raya sedang bergelora dijiwa. masing-masing tiada mood utk melakukan tugas di pejabat. hanya teringatkan kampung halaman. tambah2 bila mendengar lagu raya berkumandang. Tak kira usia masing-masing gembira menantikan kedatangan syawal.

Namun jangan dilupakan pada mereka yg tidak berkemampuan. Mereka juga berhak merasa gembira seperti kita. Hulurkan kasih sayang dan ingatan pada mereka. Semoga semuanya gembira di hari raya.

Walaupun diri sgt teruja utk menyambut hari lebaran bersama keluarga.. Haruslah sentiasa berwaspada di jalan raya. Kurangkan kadar kemalangan yg meragut nyawa. Jangan biar keluarga yg menanti kepulangan menerima sekujur tubuh yg tidak bernyawa.

Dengan ini.. selamat menyambut hari raya. Maaf andai ada terkasar bahasa. Semoga selamat di dalam perjalanan. Eratkan silaturahim sesama insan. Salam lebaran. Sehingga bertemu lg.

Monday, August 30, 2010

shopping

wah lamanya kucing smart ni xberupdate. apa dah jadi? haha.. memandangkan tuan asal kucingsmart bz terpaksa la sy amik alih. Dulu, bersendirian, lepas tu berdua dan kini bersatu. ada faham ka? hehe..

yup. sempena pengambilalihan kuasa ni, misi kucingsmart akan diubah. tidak lg berkisar mengenai seseorg tp mengenai kami berdua. segala aktiviti bersama akan kami catatkan di dlm kucingsmart.

sebenarnya partner sy tgh meeting. so sy sgt bosan. lgpun dr pg td xda mood nk buat keje. kenapa la cuti hari selasa. kalo isnin kan bagus.terus menerus je. oh lupa.. aktiviti kami hari ni... shopping. bukan shopping raya tau tp shopping utk brg2 mkanan rumah anak2 yatim. Kami diberi tugasan oleh bos besar utk mengagihkan sejumlah wang kepada badan2 kebajikan, rumah anak2 yatim dan pihak2 yg memerlukan. masalahnya wang tersebut perlu digunakan utk membeli sesuatu drpd diberi begitu sahaja. setelah puas survey tempat, kami sepakat memilih 1 rumah anak yatim utk
diberikan sumbangan. so bermula la tugas2 utk membeli barang2 keperluan.

pg ni, sy dan partner juga beberapa rakan sekerja telah keluar kl utk berbelanja. mcm2 kami borong. penat juga mengangkat kotak2 yg berat tu. tp xpe. amal jariah di bulan ramadhan. semoga beroleh ganjaran pahala. amin. tp ada juga brg2 yg xdpt dibeli pd hari ni. terpaksala sambung shopping di hari lain. lgpun ada sesetengah brg xsesuai dibeli kerana org sangat la ramai. jln masjid india n tar sgt meriah ngan jualan hari raya. mcm mana ngan persiapan raya? sudah lengkap ke? hehe.. biasanya org pompuan yg kalut menyediakan persiapan raya ni.. org lelaki rileks2 je..

tp mgkin zaman sekarang dah berbeza.. lelaki pun ikut kalut membuat persiapan raya. wah, meriah2. rasa xsabar nk beraya.

walaupapepun, berhemahla ketika berbelanja. jgn berbelanja mengikut nafsu. itu saje buat masa ni. diaorg dah abis meeting :) cite ni bersambung lain kali ye.

Sunday, March 7, 2010

.....

Just got back from Kemaman. Tomorrow is working day. Not looking forward to it. Got tonnes of work to be done. I feel like my work never finish. Always do the same project.

Should I change job?

Adios