Together

Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 25, 2008

Friday - surprises

Hari ni hari Jumaat. Hari yang malas untuk bekerja. Aku start hari ni dengan pergi lambat ke ofis, sengaja aku lmbt ari ni sbb malas nk gi awal. Setiap hari aku gi awal ke ofis, sekali sekali gi lambat x der hal nyer. Petang ni ada meeting ngan syarikat advertising, aku telah dipelawa oleh bos untuk hadir bersama. Aku mcm malas sbb ape programmer mcm aku nk wat dalam meeting orang2 bisnes ni? Tp, aku join jugak sbb mengikut ketua tech team, kalu bos tanye "Would you like to join...?", itu bermakna "You have to join....". Get what I mean? Hehehe.

Anyway, meeting tu start pukul 3.30 petang, lmbt setengah jam sbb mengikut diorang, jem kat mid valley ni. Kat Mid Valley mmg selalu jem especially lepas pukul 12 tgh hari. Entah la x tau kenapa. Tp meeting tu mmg best. Aku suker, x sia2 aku masuk meeting tu.

Lps meeting bos aku memanggil 2 orang programmer junior dalam company aku ni. Mengikut diorang, boss telah menaikkan gaji diorang. Huhuhu, beshnyer diorang aku cakap dalam hati. Mase aku confirm thn lepas, x der plak bos nak naikkan gaji aku. Tunggu akhir tahun baru naik gaji. Beruntung diorang aku bercakap dalam hati. Lps ni boleh Tony Romas hari2. Hehehe.

Anyway, lepas semua orang balik, boss juga memanggil aku dan bagitau camne diorang appreciate kerja2 aku. Aku mmg mcm banyak keje sejak 2-3 bulan ni, sejak ketiadaan system architect, aku terpaksa buat skit2 keje die. Tp x per, aku suke keje tu. besh. Lps bercakap panjang lebar, akhirnya boss nk bg tau yang diorang juga telah menaikkan gaji aku. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memurahkan rezeki aku. Aku suker.... hehehe. Dan lepas tu aku pun balik.

Tgh berjalan ke kereta, tibe2 aku dapat mesej, ada orang nk belanja makan ais krim McD. Aku pun on jer.... lg pun, jalan keluar dari parking Mid Valley jem teruk. Mmg ari jumaat slalu jem.

Lps makan ais krim, kami pun balik.

Hhahaa, akrinya ari jumaat ni memang aku surprise la. X sangka.

ok bye.

Adios, amigos.

No comments: