Together

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 30, 2010

shopping

wah lamanya kucing smart ni xberupdate. apa dah jadi? haha.. memandangkan tuan asal kucingsmart bz terpaksa la sy amik alih. Dulu, bersendirian, lepas tu berdua dan kini bersatu. ada faham ka? hehe..

yup. sempena pengambilalihan kuasa ni, misi kucingsmart akan diubah. tidak lg berkisar mengenai seseorg tp mengenai kami berdua. segala aktiviti bersama akan kami catatkan di dlm kucingsmart.

sebenarnya partner sy tgh meeting. so sy sgt bosan. lgpun dr pg td xda mood nk buat keje. kenapa la cuti hari selasa. kalo isnin kan bagus.terus menerus je. oh lupa.. aktiviti kami hari ni... shopping. bukan shopping raya tau tp shopping utk brg2 mkanan rumah anak2 yatim. Kami diberi tugasan oleh bos besar utk mengagihkan sejumlah wang kepada badan2 kebajikan, rumah anak2 yatim dan pihak2 yg memerlukan. masalahnya wang tersebut perlu digunakan utk membeli sesuatu drpd diberi begitu sahaja. setelah puas survey tempat, kami sepakat memilih 1 rumah anak yatim utk
diberikan sumbangan. so bermula la tugas2 utk membeli barang2 keperluan.

pg ni, sy dan partner juga beberapa rakan sekerja telah keluar kl utk berbelanja. mcm2 kami borong. penat juga mengangkat kotak2 yg berat tu. tp xpe. amal jariah di bulan ramadhan. semoga beroleh ganjaran pahala. amin. tp ada juga brg2 yg xdpt dibeli pd hari ni. terpaksala sambung shopping di hari lain. lgpun ada sesetengah brg xsesuai dibeli kerana org sangat la ramai. jln masjid india n tar sgt meriah ngan jualan hari raya. mcm mana ngan persiapan raya? sudah lengkap ke? hehe.. biasanya org pompuan yg kalut menyediakan persiapan raya ni.. org lelaki rileks2 je..

tp mgkin zaman sekarang dah berbeza.. lelaki pun ikut kalut membuat persiapan raya. wah, meriah2. rasa xsabar nk beraya.

walaupapepun, berhemahla ketika berbelanja. jgn berbelanja mengikut nafsu. itu saje buat masa ni. diaorg dah abis meeting :) cite ni bersambung lain kali ye.